background

LATAR BELAKANG

MILA HOMESTAY






Allahyahamah Hajah Jamilah Binti Hashim

Nama MILA HOMESTAY berasal dari nama bonda kepada Puan Noliah iaitu Allahyahamah Hajah Jamilah Binti Hashim.  Beliau dilahirkn pada 1 Disember1939 dan meninggal dunia pada 6 Februari 2007. Sewaktu kecil lagi bapa beliau telah meninggal dunia. Dibesarkan oleh bondanya dengan menjual barang perhiasan emas intan berlian kepunyaan seorang taukeh cina. Seperti gadis-gadis sezamannya beliau tidak ke sekolah maka beliau tidak tahu membaca dan menulis.Tetapi beliau pandai mengira sebab bondanya seorang peniaga yang cekap kira mengira. Beliau telah berkahwin pada usia 15 tahun dan dikurniakan dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.Suaminya seorang tentera. Memandangkan pada zaman itu anasir komunis masih berleluasa lagi maka suami beliau sering ke perbatasan memerangi komunis  di Sabah dan Sarawak. Beliau mengambil kesempatan masa yang terluang dengan menghasilkan jahitan kain-kain cadar bunga tampal untuk dibuat jualan semasa beliau berada di rumah kem perumahan anggota tentera. Semasa berjauhan, kaedah perhubungan mereka adalah surat-menyurat. Suami beliau sendiri yang mengajar beliau mengenali huruf abjad, membaca dan menulis.Suami beliau pernah bertugas ke Congo,Afrika. Hasil daripada jualan jahitan kain cadar itu beliau mampu membeli 3 bidang tanah. Pada tahun 2005, beliau paksa Pn. Noliah untuk membeli kedai 2 tingkat di mana Mila Hostel telah didirikan. Satu  bulan sebelum beliau meninggal dunia beliau telah berpesan pada Pn. Noliah untuk mengusahakan tanah peninggalannya untuk lebih berhasil dan membimbing cucunya Diyana dalam perniagaan. Kini Puan Noliah dan anaknya Diyana cuba sedaya upaya memenuhi pesanan beliau. Insyallah. Kini, MILA HOMESTAY menawarkan homestay berbentuk sebuah rumah teres dalam sebuah taman perumahan iaitu Mila House di No. 2, Jln 2/16 Tmn Sri Duyong 2, 75460 Melaka dan homestay berbentuk asrama iaitu Mila Hostel yang dilengkapi dengan 40  katil double decker di kedai
No. 22 Jalan BP1 Tmn Bertam Perdana, Pulau Gadong,75200 Melaka.